Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.,

Model SYM JET14 200 adalah skuter yang dinaik taraf daripada model sebelumnya SYM JET14 125. Model baharu itu kini didatangkan dengan sistem brek ABS dengan cakera 260mm di hadapan dan 220mm di belakang untuk meningkatkan ciri keselamatan semasa menunggang di jalan raya.

Selain itu, model ini dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api yang mematuhi piawaian pelepasan EURO 4. Skuter ini direka untuk prestasi hebat, keselesaan

Galeri Foto SYM JET14 200
Model SYM MIO 110 adalah kesinambungan daripada model SYM MIO 100. Skuter itu didatangkan dengan kapasiti enjin 110cc dengan suntikan bahan api yang mematuhi piawaian EURO 3 yang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Ciri utama yang ditawarkan oleh MIO 110 ialah paparan skrin LED digital dan ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar. SYM MIO 110 hadir dengan cakera 160mm di hadapan dan sistem brek dram di belakang yang menjadikan skuter ini lebih selamat digunakan.
SYM MIO 110 boleh didapati dalam warna Peppermint, Flamingo dan Matte Black dan berharga pada RM5,688.00 (tidak termasuk SST dan insurans).
