Pengeluaran Wang Menggunakan Kad CIMB Di Luar Negara


CIMB Bank mempunyai rangkaian rentas sempadan dengan lebih daripada 3,750 mesin-mesin ATM CIMB yang anda boleh gunakan bukan hanya di seluruh Malaysia, tetapi juga di negara Singapura, Indonesia, Kemboja dan Thailand. Pengeluaran wang tunai yang dilakukan di mesin-mesin ATM CIMB di luar negara ini adalah bebas daripada dikenakan sebarang caj tambahan. Ini adalah amat berguna sekiranya anda sedang mengembara atau melancong ke mana-mana lima negara ASEAN yang mempunyai perkhidmatan rangkaian CIMB.

pengeluaran cimb luar negara
Imej: CIMB Bank

Bagaimana cara untuk saya mengaktifkan perkhidmatan perbankan antarabangsa CIMB?

Sebelum anda boleh melakukan sebarang urusniaga di mesin ATM CIMB yang terdapat di luar negara, anda perlu terlebih dahulu mengaktifkan kad CIMB anda untuk kegunaan di luar negara. Sebaik-baiknya, ini perlu dilakukan sebelum anda berangkat dalam perjalanan anda dan ianya boleh dilakukan melalui kaedah dan saluran berikut:

Cara termudah untuk mengaktifkan kad anda untuk kegunaan luar negara adalah melalui laman web CIMB Clicks dan langkah-langkah untuk melakukannya tidaklah rumit.

Nota: Tatacara yang diberikan di bawah adalah menggunakan laman web CIMB Clicks Malaysia. Walaubagaimanapun, ianya boleh juga digunakan untuk laman web CIMB Clicks di negara-negara ASEAN yang lain.

Pertama sekali, anda hendaklah memastikan bahawa telefon mudah alih anda telahpun berdaftar bersama pihak CIMB dan ianya boleh menerima kod TAC melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Jika ini telah dilakukan, maka langkah berikutnya adalah melayari laman web rasmi CIMB Clicks untuk log masuk ke akaun anda.

log masuk ke klik cimb

Apabila anda sudah berjaya log masuk ke akaun anda, klik pada butang berlabel ‘Services’ di sudut atas sebelah kiri dan diikuti dengan menekan butang ‘Overseas Spends & Withdrawal’.

Perbelanjaan & Pengeluaran Luar Negara

Kemudian, pilihlah kad ATM/debit CIMB Bank yang anda mahu aktifkan.

Kini anda akan diberikan pilihan untuk menetapkan status pengeluaran wang tunai di luar negara. Anda boleh menetapkan status samada ‘sementara’ (Temporary) atau Kekal (Permanent) dan juga Tempoh yang diiginkan (Duration). Jika anda seseorang yang selalu mengembara atau melancong, elok sekiranya memilih pilihan status ‘tetap’. Tekan butang Hantar selepas status dan tempoh masa kuatkuasa yang dikehendaki telah anda tetapkan.

Untuk mengesahkan segala perubahan dan tetapan yang telah anda pilih di atas, anda perlu memasukkan kod TAC yang akan dihantar kepada telefon mudah alih anda yang berdaftar dengan pihak CIMB. Masukkan keenam-enam angka kod TAC tersebut dan kemudian klik pada butang ‘Confirm’..

Sebaik sahaja status ‘Successful’dipaparkan, kini anda boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM CIMB di negara ASEAN yang mempunyai rangkaian perkhidmatan CIMB. Sebaliknya, jika anda ingin menghentikan perkhidmatan dan kebolehan ini, hanya anda perlu mengikuti semula langkah-langkah yang telah diberikan di atas dan kemudian menukarkan status ke ‘Deactivate’..


Caj pengeluaran wang/transaksi CIMB di luar negara?

Jika anda melakukan pengeluaran wang tunai di mesin-mesin ATM milik CIMB di luar negara, tiada caj tambahan pengeluaran mahupun transaksi akan dikenakan. Dalam erti kata lain, ianya adalah PERCUMA.Walaupun begitu, sekiranya anda menggunakan kad ATM/debit CIMB anda untuk mengeluarkan wang di mesin ATM yang BUKAN milik CIMB, anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM8.48 untuk transaksi bukan CIMB ATM, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM8.48 setiap transaksi untuk MEPS ataupun RM10.60 untuk setiap transaksi Mastercard.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang caj dan bayaran yang dikenakan oleh pihak CIMB, anda boleh rujuk di sini.


Kadar pertukaran matawang asing luar negara CIMB?

Kadar pertukaran matawang asing yang digunakan oleh CIMB adalah kompetitif dan berdaya saing. Tambahan lagi, pelanggan tidak dikenakan sebarang komisen. Untuk melihat kadar pertukaran wang asing yang terkini daripada pihak CIMB, klik di sini.

Di laman kadar pertukaran wang asing CIMB, pilih matawang serta amaun yang anda ingini. Selepas itu, anda boleh lihat kadar pertukaran yang terkini. Untuk makluman, anda tidak perlu menekan butang ‘Buy Now’ pada masa itu juga. Sebaliknya, anda boleh menggunakan maklumat kadar pertukaran tersebut sebagai panduan dan rujukan sahaja.


Penggunaan kad debit CIMB untuk membeli-belah dan transaksi lain di luar negara

Sebelum menggunakan kad debit CIMB Mastercard anda untuk tujuan di atas, terlebih dahulu anda perlu mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara di mana-mana mesin ATM yang terdapat di cawangan CIMB Bank. Cara alternatif untuk melakukan perkara ini ialah dengan menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan mereka di +60 3-6204 7788.

Untuk makluman, semasa menggunakan kad debit CIMB Mastercard anda di luar negara, anda masih akan menggunakan nombor PIN 6 angka yang biasa anda masukkan untuk semua transaksi di dalam negeri. Ianya tidak akan berubah. Walaupun begitu, untuk negara-negara yang belum lagi menggunakan sistem nombor PIN, anda perlu menurunkan tandatangan untuk mengesahkan bayaran bagi transaksi yang hendak dilakukan menggunakan kad tersebut.

Walaupun nombor PIN standard yang digunakan di Malaysia mempunyai 6 angka, terdapat juga negara-negara lain di mana nombor PIN standard mereka hanya mempunyai 4 angka sahaja. Oleh itu, ianya tidak mustahil untuk anda menghadapi masalah apabila cuba menggunakan kad debit CIMB Mastercard di terminal-terminal luar negara yang mengehadkan kemasukan nombor pin kepada yang mempunyai 4 angka sahaja. Sekiranya akan berdepan dengan masalah yang sedemikian, anda mempunyai dua pilihan sebagai langkah seterusnya:

  • Minta pihak penjual tersebut untuk membenarkan anda memintasi kemasukan nombor PIN dan sebaliknya menggunakan tandatangan sebagai alternatif
  • Jika langkah di atas mustahil untuk dilakukan ataupun pihak penjual tidak membenarkannya, anda tiada pilihan selain daripada mencari dan menggunakan kaedah pembayaran yang lain.

Lokasi cawangan bank dan mesin ATM CIMB di negara ASEAN

Lokasi ATM CIMB Thailand
Lokasi ATM CIMB Malaysia
Lokasi ATM CIMB Indonesia
Lokasi ATM CIMB Singapura
Lokasi ATM CIMB Cambodia

Anda mempunyai soalan? Tinggalkan ia di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini menggunakan butang-butang media sosial yang terdapat di laman web ini.



tetamu
27 Komen
Maklum Balas Sebaris
Lihat semua komen