Mengenai Rider Chris

RiderChris.com adalah blog travel motosikal dari Malaysia. Berpusat di Kuala Lumpur, Chris mempunyai minat mendalam tentang motosikal, semangat kembara, meneroka alam sekitar semulajadi serta gemar berkongsi pelbagai jenis maklumat dengan komuniti pembacanya.

Idea utama disebalik pengwujudan laman web ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan petua yang berguna kepada rakan-rakan pengembara yang lain. Tidak dilupakan, pandangan unik daripada sudut penggemar motosikal juga akan dikongsikan bersama.

rider chris malaysia

Laman web ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak organisasi mahupun syarikat. Segala ulasan, syor dan cadangan yang tertulis di sini adalah merupakan pandangan milik peribadi Chris sendiri. Ianya bukanlah sebarang refleksi ataupun gambaran terhadap mana-mana jenama pengeluar motosikal mahupun rangkaian sekutunya.

Chris menggunakan perkhidmatan Ezoic untuk mengewangkan laman web ini supaya semua isi kandungannya kekal percuma. Juga tiada hantaran yang berunsur tajaan akan dibuat di laman sesawang ini. Chris menggunakan servis 'Google Ad Exchange' untuk membekalkan iklan-iklan yang relevan di laman web ini bagi memastikan kandungannya percuma, berkualiti tinggi serta bebas daripada ciri berat sebelah. Dengan cara ini, Chris dapat menanggung kos-kos yang berkait dengan pembangunan dan penyenggaraan laman web ini untuk memastikan ianya terus wujud sebagai salah sebuah perkhidmatan yang berguna terhadap komuniti.

Untuk meninggalkan sebarang komen, cadangan, pujian mahupun kritikan tajam sekalipun, sila gunakan pautan borang Hubungi Saya .


Suka Catatan Saya? Tinggalkan Ulasan!

Gemar akan hantaran dan artikel saya di laman web ini? Kongsikan pendapat positif anda melalui mana-mana pautan di bawah. Saya akan amat menghargainya kerana ianya sentiasa menterujakan apabila menerima sebarang maklum balas daripada mereka yang mengambil masa untuk berbuat sedemikian :) - Terima kasih jika anda merupakan salah seorang daripada mereka!

Trust Pilot

Facebook