Hantar Kereta atau Motosikal ke Sabah dan Sarawak


Sebagai salah satu persiapan terpenting menjelang Jelajah Kembara Borneo saya, saya telah cuba mencari syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran motosikal ke Kuching, Sarawak dengan menggunakan kapal ‘Roll-On/Roll-Off’ (RoRo). Hasil daripada pencarian tersebut, saya dapati bahawa terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak. Sesetengah daripada mereka menawarkan harga yang jauh lebih murah tetapi apabila diselidik dengan lebih lanjut, pengguna-pengguna lain telah memberikan ulasan yang negatif untuk mereka.

Artikel ini telah diwujudkan berdasarkan pengembaraan bermotosikal solo saya ke Jelajah Kembara Borneo bagi menjelajah negara kita Malaysia yang indah.

hantar kenderaan sabah sarawak
Kapal Positive Pioneer
Kapal Positive Brave

Logistik Pos Malaysia

Saya telah memilih Logistik Pos Malaysia kerana mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun di dalam bidang ini. Selain itu, saya juga boleh berurusan dengan mereka secara terus tanpa melibatkan mana-mana pihak agen mahupun orang tengah. Jadi, jika anda sedang merancang untuk mengirim kenderaan anda ke Malaysia Timur dan begitu juga sebaliknya (yakni daripada Malaysia Timur ke Semenanjung), anda boleh menggunakan artikel saya ini sebagai garis panduan. Selain daripada Pos Malaysia Logistic, sebuah lagi syarikat (lebih murah) yang anda boleh gunakan untuk tujuan yang sama ialah GiGa Shipping..

Pos Malaysia Logistic menggunakan tiga buah kapal berikut:

  • (Malaysian Star) MS
  • (Positive Brave) PB
  • (Positive Pioneer) PP
hantar kenderaan sabah sarawak
Peta Pelayaran Pos Logistic Malaysia

Butiran pegawai untuk dihubungi

Saya telah berurusan dan membuat tempahan saya dengan Encik Mohd Shamimy dan beliau boleh dihubungi dengan cara-cara berikut:

E-mel: [email protected]
Telefon pejabat: +603 5121 9988 (Samb. 636)
Telefon bimbit: +6 011 1317 6642

Jika anda berminat, anda boleh menghubungi beliau secara terus melalui Whatsapp. Sekiranya anda tidak berjaya menghubungi beliau, anda juga boleh menghubungi mana-mana pegawai Pos Malaysia Logistic yang tersenarai di bawah:

hantar kenderaan sabah sarawak
Butiran pegawai-pegawai Pos Malaysia Logistic

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan penghantaran kereta Pintu-ke-Pintu (Door-to-Door D2D), Pintu-ke-Pelabuhan (Door-to-Port D2P), Pelabuhan-ke-Pintu (Port-to-Door P2D) dan Pelabuhan-ke-Pelabuhan (Port-to-Port P2P).
  • Lokasi strategik bagi menghantar dan mengambil semula kenderaan.
  • Boleh membawa kenderaan penumpang, kenderaan komersial, kenderaan berat dan juga motosikal.

Langkah-langkah Permulaan

1. Hubungi mana-mana pegawai Pos Malaysia Logistic. Mereka akan memberikan anda jadual pelayaran kapal-kapal yang terlibat. Kemudian anda haruslah memilih tarikh bilamana anda mahu kenderaan anda dihantar.

2. Setelah semuanya muktamad dan disahkan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut (lebih baik sekiranya anda mengimbas atau ‘scan’ kesemuanya menjadi ‘soft copy’):

  • Salinan Kad Pengenalan (IC) / Pasport
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (VOC / Geran)
  • Surat lepasan daripada bank (jika kenderaan anda masih tertakluk dibawah pinjaman pihak bank

3. Pada tarikh yang telah ditetapkan, pergi ke Pusat Transit Kenderaan (VTC) Pelabuhan Klang Utara (North Port) untuk menghantar kereta atau motosikal anda.

Nota: Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Pintu-ke-Pintu (Door-to-door D2D) atau Pintu-ke-Pelabuhan (Door-to-Port D2P), anda tidak perlu membawa kenderaan anda ke North Port kerana wakil pihak Pos Malaysia Logistic akan datang untuk mengambilnya.

Peta Pusat Transit Kenderaan (VTC) North Port di Google Maps: https://goo.gl/TuFcZ3

Koordinat GPS Pusat Transit Kenderaan (VTC) North Port: 3.0406123,101.3617359

VTC Pelabuhan Utara: Peta Manual Muat turun (Dari Pintu Masuk Utama)

Pegawai bertanggungjawab di Pusat Transit Kenderaan (VTC) North Port: Encik Riduwan - (+6016 321 8341 / +6019 666 4934)

Nota: Anda perlu mendaftar diri anda apabila sampai ke pintu masuk utama (Pintu 1) North Port. Selepas itu anda akan diberikan pas pelawat.

hantar kenderaan sabah sarawak
Zon Perdagangan Bebas North Port

Di sinilah tempat anda perlu mendaftar diri. Tanpa pas pelawat, anda tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan VTC untuk menghantar kenderaan anda.

hantar kenderaan sabah sarawak
Kaunter Pendaftaran Pelawat North Port

Jika anda telah mengikuti panduan Google Maps atau Peta Manual (dari pintu masuk utama), anda akan tiba di Pusat Transit Kenderaan (VTC) Pos Malaysia Logistic.

hantar kenderaan sabah sarawak
Pusat Transit Kenderaan (VTC) Pos Malaysia Logistic

Di Pusat Transit Kenderaan (VTC) ini, anda akan bertemu dengan pegawai bertanggungjawab yang akan melakukan pemeriksaan akhir ke atas kenderaan anda. Tujuan pemeriksaan tersebut adalah untuk melihat samada terdapat sebarang kesan calar, kerosakan dan sebagainya pada kenderaan anda dan seterusnya merekodkannya secara rasmi. Setelah proses ini selesai, anda bolehlah menyerahkan kunci kenderaan anda kepada pegawai tersebut. Mereka yang akan memandu kenderaan anda masuk ke dalam kapal RoRo.

hantar kenderaan sabah sarawak
Kawasan sekitar Pusat Transit Kenderaan (VTC) Pos Malaysia Logistic

Selesai dan itu sahaja langkah-langkahnya! Wakil daripada pihak VTC akan menyediakan pengangkutan percuma untuk anda kembali ke kawasan pintu masuk utama supaya anda dapat memulangkan kembali pas pelawat.


Soalan Lazim

Berapakah Jumlah Kosnya?

Untuk saya, proses ini telah memakan belanja sebanyak lebih kurang RM 1026, termasuk GST dan insurans. Jika anda memilih untuk tidak mengambil insurans, maka jumlah kosnya akan berkurangan. Di bawah ini merupakan butiran terperinci mengenai jumlah kos penghantaran motosikal saya.

Harga Penghantaran Kenderaan ke Sabah / Sarawak dan sebaliknya

Kadar bayaran untuk kapal RoRo boleh didapati di pautan di bawah:

Kadar bayaran kapal RoRo untuk penghantaran kenderaan.

Apakah maksud istilah (PC) dan (LC) di dalam jadual kadar bayaran kapal RoRo tersebut?

Istilah PC bermaksud kenderaan penumpang seperti kenderaan pacuan empat roda dan sedan. Kenderaan SUV pula dikategorikan sebagai LC, iaitu kenderaan komersial ringan. Motosikal pula dikenakan kadar yang standard dan tidak tertakluk kepada saiz CC enjinnya. Bagi jentera berat pula, kadar bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan kepada ukuran saiznya (panjang x lebar x tinggi).

Berapakah bayaran untuk perkhidmatan Pintu-ke-Pintu (Door-to-Door D2D)?

Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan jenis ini adalah bergantung kepada lokasi dari mana kenderaan akan diambil, jenis kenderaan tersebut dan juga lain-lain faktor. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Pos Malaysia Logistic.

Perjalanan kapal RoRo ke destinasinya akan mengambil masa berapa lama?

Kebiasaannya dalam tempoh masa 4-5 hari.

Seawal manakah perlu saya menghantar kenderaan ke kawasan Pusat Transit Kenderaan?

Dua hari sebelum tarikh pelayaran yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan kepastian serta butiran lanjut, hubungi pegawai yang berkenaan.

Apakah yang diliputi dalam perlindungan insurans?

Kerosakan kepada kenderaan anda yang tidak boleh diperbaiki.

Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Logistic untuk menghantar kenderaan ke Pelabuhan Klang dari Sabah/Sarawak?

Boleh. Hubungi saja pegawai-pegawai mereka yang telah disenaraikan di atas.

Adakah Pos Malaysia Logistic menawarkan perkhidmatan pengangkutan udara (Air Freight)?

Ya. Pos Malaysia Logistic menawarkan khidmat pengangkutan merentasi laut dan juga udara.

Bolehkah saya menjejaki (track) perjalanan kenderaan saya secara atas talian?

Malangya, tidak boleh. Tiada cara untuk berbuat demikian. Hanya kakitangan Pos Malaysia Logistic sahaja yang mempunyai akses untuk menggunakan sistem penjejakan (tracking) mereka. Anda boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status kenderaan anda.

Adakah kenderaan akan dibalut ataupun diletakkan ke dalam ‘container’?

Tidak. Ini kerana perkhidmatan ini bersifat Roll-On/Roll-Off (RoRo) perkhidmatan.

Adakah saya dibenarkan untuk berada di atas kapal RoRo yang digunakan tersebut?

Tidak. Hanya kakitangan mereka sahaja dibenarkan berada di atas kapal RoRo.


Konklusi

Secara keseluruhannya, saya telah memperoleh perkhidmatan yang agak memuaskan daripada pihak Pos Malaysia Logistic dan saya mengesyorkan mereka kepada sesiapa yang ingin mengirim kenderaan ke Malaysia Timur dan sebaliknya. Namun begitu, sekiranya anda mahu menggunakan pilihan yang lebih murah, anda boleh mempertimbangkan perkhidmatan daripada GMG. Tetapi, saya tidak dapat memberi ulasan mengenai perkhidmatan mereka kerana saya belum pernah menjadi pelanggan mereka.

Anda pernah cuba menghantar kenderaan ke Malaysia Timur? Bagaimana pengalaman anda berbuat sedemikian?



tetamu
11 Komen
Maklum Balas Sebaris
Lihat semua komen