Langkau ke kandungan

Boleh didapati sekarang! Benelli Imperiale 400 Berharga RM15,888

    Imperiale 400 akan mula diedarkan kepada semua pengedar sah Benelli mulai minggu ini (Julai 2020) yang dilancarkan pada 2019 semasa Kejohanan MotoGP di Sepang.


    Respons Setempat

    Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad berkata model ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta motosikal klasik.

    Sebanyak 100 unit Benelli Imperiale 400 telah ditempah oleh pelanggan sejak Januari 2020.

    2020 Benelli Imperiale

    Kelewatan Di Pasaran Tempatan

    “Kami memohon maaf kepada mereka yang telah lama menunggu untuk mendapatkan motosikal mereka selepas membuat tempahan berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara kita baru-baru ini,” katanya.

    Model ini dijangka habis dijual pada akhir tahun ini berikutan pencapaian sasaran jualan tahunan syarikat sebanyak 300 unit dengan jayanya berdasarkan jumlah tempahan baharu yang diterima.

    Benelli Imperiale 400 diinspirasikan daripada model klasik Benelli-MotoBi yang dikeluarkan di Itali sekitar tahun 1950-an dengan menggunakan enjin suntikan bahan api satu silinder dengan sistem penyejuk udara dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.


    Warna-warna

    Imperiale 400 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan kelabu dengan harga RM15,888 sahaja. Waranti untuk motosikal ini ialah dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana dahulu. Disyorkan untuk menggunakan Minyak Enjin PJ1 semasa perkhidmatan anda, yang merupakan produk rasmi untuk semua motosikal Benelli.

    Selain mengedarkan motosikal, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Dalam Talian untuk rangkaian produk Benelli di pasaran negara.


    Spesifikasi Benelli Imperiale 400

    spesifikasi benelli imperiale 400

    Galeri gambar


    Kesimpulan

    Apa pendapat anda tentang mesin klasik ini? Adakah anda berminat? Jika ya, mengapa?


    tetamu
    0 Komen-komen
    Maklumbalas dalam baris
    Lihat semua komen
    Kami menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda.
    Terima
    Polisi Privasi